Sunday, December 28, 2008

Tips dan panduan ke bumi NZ

Panduan kepada para sahabat yang berhajat dan bakal datang ke bumi New Zealand , khususnya Wellington. Semoga beberapa tips dan panduan ini dapat dijadikan panduan untuk persediaan sebelum , semasa dan selepas berangkat ke bumi NZ ini.

BARANG-BARANG YANG PENTING UNTUK DIBAWA

  • Dokumen penting : Dokumen Terjemahan Lesen Memandu Malaysia, International Driving Permit, No Claim Insurance Letter, kad Imunisasi anak, dan dokumen penting lain.
Nota : Pastikan semua anak-anak yang akan bersekolah/tadika dalam tempoh akan
datang memiliki student visa sementara pasangan pula (working visa).
  • Barang elektronik - Komputer Riba dan handphone
  • Kitab Al-Quran, CD/MP3, Terjemahan, Surah Yassin, Iqra’, buku rujukan Fekah, sejadah dan lain-lain, semuanya tiada dijual di sini.
  • Cermin mata extra.
Beli lah juga International Adapter- untuk barang elektrik. Dekat sini ada di jual , tapi agak limited. Hargannya lebih kurang NZ$ 10.00 setiap satu. Kalau banyak bawa pekakas elektrik dari Malaysia, bawa sekali dia extension cable.

BARANG YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK DIBAWA

Disini banyak terdapat kedai-kedai yang menjual rempah ratus makanan Asia. Majoriti rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan Melayu ada dijual disini bahkan daun pisang, durian dan roti canai segera juga ada dijual di sini. Walaubagaimanapun ada beberapa barangan yang kualitinya agak kurang memuaskan/tidak menepati selera kita. Maka jika saudara mempunyai ruang lebih atau berniat untuk mengepos barang ke sini, berikut adalah barangan yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan bersama:-

Makanan
  • Kicap
  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Keropok Ikan/Sotong/Sayur
  • Kiub Pati Ayam (di sini agak sukar mencari kiub yang Halal kerana kebanyakan diimport dari Filipina, Thailand atau Vietnam)
Ubat -ubatan
  • Minyak panas
  • Minyak Gamat
  • Pil Che Ke Tech Aun (sakit perut)
Barangan Anak
  • Lampin Pakai Buang (ada dijual di sini tetapi harganya agak mahal)
  • Stok Botol Susu dan Puting Botol Susu (di sini barangan ini sangat-sangat mahal)
MAKLUMAT TENTANG BARANG KEPERLUAN LAIN
  • Barangan elektrik ada dijual di sini dengan harga berpatutan (boleh beli di sini jika ruang untuk membawanya agak terhad)
  • Pakaian dan seluar tebal : Bagi mereka yang tidak kisah untuk membeli pakain terpakai, maka pakaian tersebut boleh di dapati di kedai2 terpakai di sini. Untuk makluman, kualiti pakaian terpakai di sini amat baik. Jika anda sampai di musim panas atau luruh, maka pakaian sedemikian boleh didapati dengan harga yang murah. Walau bagaimanapun setiap ahli keluarga dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya satu baju panas di bawa bersama.
  • Kemeja & Kot, elok beli kat Malaysia sebab lebih cantik & berkualiti.
  • Kasut: di sini kasut boleh dikatakan agak murah. Disamping itu, pilihan corak juga lebih variasi. (tidak termasuk kasut bertutup wanita)

MAKLUMAT- MAKLUMAT LAIN

  • Boleh buka akaun bank New Zealand dari Malaysia. Mohon secara online. cth National Bank of New Zealand, Bank of New Zealand, ANZ Bank, Kiwi Bank, Westpac Bank. Lepas tu gunakan maybank2u.com untuk transfer semua duit tu ke new Zealand. Untuk transfer duit pada bulan-bulan berikutnya, Jangan lupa anda perlukan nombor TAC. Apa yang perlu dibuat ialah tukar no telefon (untuk TAC) di Kad ATM kepada keluarga di Malaysia supaya mereka boleh forwardkan nombot TAC kepada anda.Bila sampai di New Zealand boleh aktifkan akaun tersebut dan buat Kad ATM. Jadi masa pergi tu tak payahah bawak 1 bakul duit.
  • Selain tu boleh masukkan duit tu kedalam credit card untuk berbelanja (selamat dan murah). Jangan lupa untuk hubungi ‘credit card customer service’ untuk aftifkan kat anda bagi tujuan kegunaan di luar negara.
  • Di sini jualan murah (Sale) memang ada setiap minggu. Tapi yang paling murah ialah Disember dan Julai (Winter punya clearance).
  • Kalau nak bawa barang banyak sangat. Boleh pos dari Malaysia. Gunakan ’sea mail. Caj lebih kurang RM 90.00 bagi setiap kotak yang beratnya 20 kg. Tapi dua-tiga bulan baru sampai.
  • Berkaitan dengan Imunisasi anak: percuma
  • Kos penjagaan anak-anak: lebih kurang NZ$5.00 sejam
  • Kereta: sangat murah. Kalau ada anak 4 atau lebih. Tak boleh gunakan kereta. Kena beli MPV, Van atau kenderaan yang lebih besar. Semua orang termasuk kanak-kanak mesti ada tempat duduk sendiri. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun mesti gunakan car seat atau booster. (rujuk website NZ Land and Transport Department). Denda NZ$200 bagi setiap kanak-kanak yang tak pakai seat belt dan/atau car sear/booster.
  • Sekolah untuk anak-anak pelajar pasca siswazah adalah percuma. (sila rujuk NZ Trade & Enterprise) Tetapi ada donation kena bayar. Bergantung kepada decile rating sekolah. Kalau decile rating tinggi, sekolah dapat budget sedikit, jadi donation mahal, dan anak-anak selalu ada aktivit untuk ‘fundraising’ (contohnya, jual Coklat, sosej, pokok krismas, gambar, kutipan support naik basikal, cuci kereta dan seribu satu idea lagi untuk dapatkan duit). Bagi kindergarten dapat 20 jam ECE percuma. Untuk anak-anak yang dah pergi High School dan Intermediate School kena belanja banyak sedikit untuk uniform sekolah mereka.
  • Mencari rumah sewa di Wellington ialah suatu tugas yang sangat mencabar. Sangat susah nak dapat sebab penawaran terhad. Permintaan sangat tinggi. Tambah kita ini orang mendatang. Untuk mencari rumah sewa pilihan idaman anda, boleh cuba lihat di trademe.co.nz atau mana-mana property agent seperti gilliesgroup, homeads, Quinovic, jhooker dll. Untuk pengetahuan, sewa rumah rakan-rakan di sini adalah lingkungan NZ$ 300 hingga NZ$ 370 seminggu (belum masuk elektrik dan gas). Masing-masing sewa rumah yang sangat kecil. Tetapi kalau anda bujang tiada masalah, tinggal sahaja di university accomodation…
  • Berkaitan dengan belanjawan, kalau hanya bergantung kepada biasiswa sahaja, memang tidak mencukupi. Jadi kena hantar semua gaji ke New Zealand. Sebagai panduan, belanja minimum adalah seperti berikut: (1) sewa rumah NZ$300-350/week; (2) Gas & Elektrik NZ$ 150/month; (3) Travelling NZ$200/month (Untuk dua orang gunakan public transport); (4) Petrol (NZ$2.10/liter); (5) Parking NZ$4.00/hour; (6) Makanan mentah NZ150/week (7) Telefon rumah dan Internet NZ$80/month; (8) Handphone NZ$20/month (tak pakai sangat)

PENTING

  • Jangan Bawa barang tenusu dan daging. Selain itu jangan bawa sebarang cecair di dalam hand luggage. (rujuk website Biosecurity ini untuk lebih lanjut). Jika anda mempunyai anak yang menyusu susu formula, sila beli susu keluaran New Zealand. InsyaAllah akan memudahkan proses biosecurity check di lapangan terbang.
  • Declare semua barang makanan yang di bawa semasa si Bio-Security, Auckland International Airport. Denda NZ$200 kalau gagal declare. (lebih lanjut, click website ini.)

RUJUKAN (useful links)

Sentiasalah memohon kepada Allah swt agar memudahkan perjalanan anda dan keluarga. Bukankah Allah swt yang mengaturkan perjalanan manusia di muka bumi ini dan Dia juga mengaturkan perjalanan siang dan malam. … “Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan”.

Nota : Catatan ini telah diubahsuai dari blog KhairulDeb

Monday, December 15, 2008

Aktiviti BBQ dan GP Joran di Miramar


BBQ dan GP Joran tempohari memang meriah dan menerujakan. Ada yang concentrate BBQ dan ada jugak yang concentrate dengan joran. Seperti yang semua maklum Encik Ali telah mengungguli GP Joran kali ini. Wartawan Buletin Joran sempat menemu ramah beberapa peserta GP Joran semasa sedang tidur malam tersebut.


Temuramah 1.
Wartawan : Apa perasaan Encik Ali selaku juara GP Joran kali ini?
Encik Ali : Hehehe
Wartawan : Apakah teknik memancing dan umpan yang Encik Ali gunakan?
Encik Ali : Hehehe
Wartawan : Apa perancangan Encik Ali utk menghadapi GP Joran seterusnya?
Encik Ali : Hehehe
Wartawan : Terima kasih Encik Ali kerana sudi melapangkan masa.
Encik Ali : Eh! Nanti dulu belum sempat bagi komen laa..
Wartawan : Hehehe


Temuramah 2.
Wartawan : Apa komen Encik Nawawi tentang GP Joran?
En. Nawawi (Cambodian) : No Comment bcoz I didn't use joran, I used tangkul ketam.. lagi pun I kena jaga api BBQ..

Temuramah 3.
Encik J : Den kalau pakai Shimano Eclipse den dah dapek naikkan Stingray tu.. dah tontu den juara bertahan sampai ada orang dapek ikan jorung.. den botul2 tak pueh hati dengan joran Kathmandu.. selambo yo stingray tu putuihkan tali kail den sambil babai kat den.. sakit hati botul..
Wartawan : Eh! saya belum tanya soalan lagi la Encik J..
Encik J : Yo ko? Ih malunya akuu..
Wartawan : Encik J ni orang Kedah ke orang Nogori..?
Encik J : Den biaso kalau maghah memang cakap nogoghi.. hehe

Temuramah 4.
Wartawan : Apakah saat cemas Encik Pyan semasa GP Joran?
Encik Pyan : Saat paling cemas adalah ketika GP Joran didatangi oleh 2 orang pegawai Perikanan. Semua peserta turut cemas, ada yang segera melempar ikan ke dalam laut, ada yang sorok ikan bawah lumut dan ada yang terus terjun laut pura2 mandi..
Wartawan : Saat paling manis?
Encik Pyan : dapat bergambar ala-ala koboi gitu..

IKAN PERTAMA DINAIKKAN

Temuramah 5.

Wartawan : Apa cerita Encik Sam GP Joran kali ini?
Encik Sam : Semasa wisel GP Joran hampir ditiupkan, ada seekor ikan nak makan kail saya, saya bagi signal suruh tunggu dulu.. sebaik saja wisel berbunyi saya signal 'bagus'.. terus dia ngap.. terus jadi peserta pertama dapat tangkap ikan.. terima kasih Shimano Eclipse..
Wartawan : Promosi nampakk..

Temuramah 6.
Wartawan : Apahal Encik Zaidi dgn GP Joran kali ni?
Encik Zaidi : Entah le.. bagi daging masak kicap dia tak mau makan, udang sambal tomes pun dia tak mau makan.. nak balik perasap dengan kemenyan sikit laa joran ni..
Wartawan : OK good luck Encik Zaidi.

(untuk makluman Encik Zaidi berjaya menaikkan 2 ekor spotty yang besar di Seatoun Wharf pada petang hari GP Joran tersebut)

Banyak lagi temuramah yang telah dibuat tetapi tak dapat dimuatkan kesemuanya kerana peruntukan diberi 1 muka surat sahaja. Sekian.

-Wartawan Buletin Joran-

Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya Aidil Adha

Semalam kami celebrated hari raya haji...sini sambut hari selasa..di Malaysia menyambut hari Isnin. It was a wet hari raya coz hujan early in the morning..sejuk!! So after solat raya, semua sahabat Wellingtonian berkumpul di rumah sahabat Cambodia MrNawawi untuk bertakbir raya. Tuan rumah actually rindu sangat nak dengar takbir raya coz kat sini lain iramanya. So semalam ramai berkumpul dan memulakan acara. Untuk tidak menyusahkan tuan rumah, semua sepakat membawa pot luck..so macam2 food ada.Seperti biasa ueya buat lodeh with nasi himpit..rendang tak sempat buat coz busy ngan kerja sekolah. Tu pun curi masa masak jugak. Yang lain bawak meehoon, nasi beriani, nasi lemak bungkus daun pisang,rendang mussle,nasi berlauk,kek,puding,kuah kacang, lemang,agar-agar,rendang ayam...apa lagi..x ingat le.

But semalam kami tak sempat bertakbir bersama para sahabat kerana agak lewat tiba. Sampai je they all baru habis bertakbir . Seronok rasanya berkumpul dengan sahabat, dapat jugak melupakan sejenak kerinduan terhadap keluarga. But actually raya kat sini tak rasa sedih pun, kdg2 sampai terlupa sekejap family kat Malaysia sebab ikatan ukhwan dengan para sahabat di sini menjadikan sambutan bertambah meriah.


After sesi makan-makan, borak-borak kami mengadakan meeting memandangkan semua post grad ada di situ. kami mengadakan meeting untuk menubuhkan persatuan post grad..so sesi perlantikan dan pengundian dijalankan. Macam-macam gelagat yang membuatkan meeting kami disulami gelak ketawa. Selepas duduk lepak lama kat rumah tuan rumah dan timbul kesedaran yang kami ni melepak rumah orang, maka semua ahli rombongan sepakat mengunjungi gedung rakan baik kami di sini iaitu Makcik Briscoes. Makcik Briscoes sangat berbesar hati untuk memberikan kami diskaun sehingga 60 %...maka kami semua pakat memborong apa yang termampu...hahha. Hajat di hati nak mengunjungi Pakcik Katmandhu tidak tercapai coz kami bergegas untuk Majlis smbutan hari raya anjuran MSD. Takpe...kami kami visit pakcik Katmandhu again and boleh ambik fishing rod coz diskaun 50 %..hihi.


Jam 2, kami berada di Istana Malaysia utk majlis hari raya. Actually bukan Castle..but restoren..kenyang lagi..macam2 ada..nasi putih, rendang daging, rojak, ayam masak merah, dalca,mee goreng, cokodok pisang, puding jagung, agar2 "keras". Selain sambutan raya, majlis ni jugak meraikan graduation day pelajar2 VUW. Lupa pulak nak ambik foto they all ngan jubah tu. Ramai jugak parents yang dtg tgk konvo anak 2 they all.









Jam 3.30 kami semua bertolak pulang ke rumah kerana para jejaka ingin menyimpan tenaga untuk turun ke laut bagi menyara keluarga.mencari ikan..termasuk ler hubby ku...hihi...nasib baik dpt ikan...


itu saje citer hari raya di sini..

Dipetik dari blog Ueya

Monday, December 08, 2008

First Call Kelab GP Joran


Rakan2 sekelian dijemput menjadi ahli Kelab Joran Melayu Wellington. Menjadi ahli Kelab Joran adalah lebih mudah dan murah berbanding menjadi ahli Kelab Menebas yang memerlukan pisau sabit yang mahal (golfing).. dan ahli Kelab Menebas juga boleh menjadi ahli Kelab Joran. Cara2 menjadi ahli :

  • beli batang kail/joran – otomatik jadi ahli kelab joran.
  • beli kerusi untuk pancing ikan – otomatik jadi pengerusi (semua ahli boleh jadi pengerusi)
  • yuran pendaftaran boleh dibayar di Warehouse, Repco, Kathmandu dan lain2 kedai yang menjual joran.. (gelung saja tak aci – tu ahli kelab gelung) – amaun yuran ikut suka.
Aktiviti :
bertenggek kat mana2 lokasi yang ada air dan ada ikan lalu membaling joran masing2. (amaran : jangan lepaskan joran masa baling, nanti kena beli joran baru)
GP Joran (coming soon)

Promosi :
Dapatkan Joran Jenama Kathmandu di Kedai Kathmandu (kalau ada modal lebih boleh pergi Kathmandu , Nepal utk beli joran) dengan potongan diskaun 50%. Harga asal NZD59.90. Harga sselepas diskaun boleh kira sendiri.

Testimonial :
“Semenjak menggunakan Joran Kathmandu ni, barulah saya memancing dapat ikan.. sebelum ni asyik2 dapat tapak seleman, rasa macam nak bagi tapak kasut ja kat tapak seleman tu” – Encik J.

“Mula2 saya pinjam joran jenama Kathmandu Encik J, kali pertama memancing tuu.. 2 kali saya baling kail, 2 ekor ikan saya dapat.. esoknya terus saya pergi Kathmandu beli joran” – Encik Z.

s.k. – Tokey Kathmandu (jangan lupa kasi diskaun sama saya aaa)

Thursday, December 04, 2008

Al- Fatihah

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand




KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.

Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit. Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

Berita dimaklumkan oleh Pyan


Tuesday, December 02, 2008

Cinnamon Rolls

Ingredients:

3 teaspoons yeast

1/4 cup warm water (105 to 115 degrees)

1/2 cups lukewarm milk

1/2 cup white sugar

1 teaspoon salt

2 eggs

1/3 (75g) cup shortening

5 cups all-purpose flour

Glaze for BUN:


85g cream cheese, softened
1/4 cup (55g) butter, softened
1 1/2 cups (190g) icing sugar
1/2 teaspoon vanilla extract
1/8 teaspoon salt

CINNAMON FILLING:

1 cup (220g) brown sugar, packed
2 1/2 tablespoons ground cinnamon


DIRECTIONS

Sprinkle the yeast over the warm water, and let stand for 5 minutes, or until foamy. In a large bowl, mix together the yeast mixture, milk, sugar, salt, eggs, shortening, and 2 cups of the flour.

Mix for a few minutes at low speed, or stirring with a wooden spoon. Beat in remaining flour 1/2 cup at a time, until the dough no longer sticks to the bowl. Knead for about 5 minutes, or until smooth and elastic. Place the dough into a greased bowl, and cover. Set in a warm place to rise until double. Dough is ready if you touch it, and the indention remains.

After the dough has doubled in size turn it out onto a lightly floured surface, cover and let rest for 10 minutes. In a small bowl, combine brown sugar and cinnamon.


Roll dough into a 16x21 inch rectangle. Sprinkle evenly with sugar/cinnamon mixture. Roll up dough and cut into 12 rolls. Place rolls in a lightly greased 9x13 inch baking pan. Cover and let rise until nearly doubled, about 30 minutes. Meanwhile, preheat oven to 200 degrees C. *boleh dibakar 180c

Bake rolls in preheated oven until golden brown, about 15 minutes. While rolls are baking, beat together cream cheese, 1/4 cup butter, confectioners' sugar, vanilla extract and salt(kalau nak frosting cair, tambah air panas 1-2 tablespoon). Spread frosting on warm rolls before serving.


Pemilik Resipi : kak pah new plymouth

Sumber : Norida Basnan