Wednesday, September 30, 2009

Sambutan Hari Raya di Wellington, NZ

1 Syawal 1430H di bumi NZ jatuh pada 21 September 2009.. Walaupun kami berpuasa awal 4 jam berbanding umat Islam di Malaysia, namun kami berhari raya lewat sehari.. Apa pun yang penting raya.. Perasaan beraya di bumi orang tak sama dengan beraya di tanahair sendiri di samping ayah bonda dan sanak saudara, namun kemeriahan tetap terasa..

Bagi rakyat Malaysia di Wellington, ada pilihan sama ada hendak bersembahyang raya dengan suasana takbir ala Malaysia di Bangunan Kedutaan Malaysia atau untuk bersama-sama umat Islam pelbagai bangsa di masjid..


SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI MASJID WELLINGTON

umat Islam selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wellington

SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI KEDUTAAN MALAYSIA

gambar dari Nezam

RUMAH TERBUKA HARI RAYA PERTAMA

Empat Keluarga MWPSA yang tinggal di Kilbirnie dan Hataitai (Jask & Mask, Bro Ali & Bell, Zaidi & Haza dan Shamsudin & Suzana) telah bersetuju untuk membuat rumah terbuka hari raya bertempat di 6/22 Ross Street, Kilbirnie. Menu yang disediakan adalah nasi tomato, ayam masak merah, kari rogen josh, sup ekor, bihun goreng, ketupat nasi, lemang, rendang daging, kuah kacang dan kuih muih. Rumah Terbuka Ini bermula jam 11 pagi, walaupun agak sesak tapi meriah..

Pengarah MSD (Dr. Rosli) 4 dari kanan

tiba masa untuk beredar.. bersalam-salaman, bermaaf-maafan..

Kemudian ramai-ramai bergerak pula ke Johnsonville (Rumah Mak Som dan Iskandar), Khandallah (Rumah Malaysia) dan seterusnya ke rumah terbuka MWSPA kawasan Karori dan Northland sebagai penutup.

Rumah orang lama Mak Som
Rumah Dato' Duta Malaysia
Warga MWPSA dari Karori dan Northland iaitu keluarga Nik & Fatma, Azam & Azizah, Khadijah dan Mehraj menganjurkan rumah terbuka di teratak Nik & Fatma di Northland dan menjadi destinasi terakhir jalan-jalan raya pada hari raya pertama.
gambar ehsan Zaidi

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KEDUA

Pada hari raya kedua, ahli MWPSA kawasan Lower Hutt pula menganjurkan rumah terbuka bertempat di rumah presiden MWPSA sendiri iaitu Encik Khairul. Rumah terbuka ini dianjur bersama oleh keluarga Khairul & Deb, Shah & Izah dan Niklin & Ida. Antara menu yang disediakan ialah sate ayam dan daging, kuah kacang, pelbagai jenis rendang, laksa Johor, lontong dan beraneka kuih raya. Tetamu kehormat Dato' Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan isteri turut hadir.


Dato' Duta (berdiri empat dari kiri)


*gambar-gambar di atas dari zaidi

tetamu sampai ke malam tapi tuan rumah tetap tersenyum

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KE ENAM

Pada 26 September, warga MWPS di Kelburn Parade iaitu Kak Yah, Khadijah dan pelajar-pelajar undergraduate turut menganjurkan rumah terbuka. Menu mereka ialah laksa penang, nasi tomato, soto dan beberapa hidangan sampingan.






Puan Siti Jalilah, Setiausaha Utama Latihan dan Pendidikan JPA turut menganjurkan rumah terbuka di Johnsonville. Tetamu yang hadir bukan setakat pelajar postgraduate di Wellington malahan pelajar postgraduate dari Palmerston North. Memang meriah betul. Menu yang disediakan ialah laksa penang, pulut kuning, rendang daging, nasi briyani, nasi lemak dan roti canai.




Raya di NZ tak kurang hebat seperti menyambut raya di tanahair. Masing-masing menyembunyikan rindu beraya di kampung halaman dengan sama-sama memeriahkan setiap rumah terbuka. Rumah terbuka terakhir warga MWPSA akan diadakan oleh keluarga sekitar Newlands dan Churton Park pada 17 Oktober 2009.

jask

Thursday, September 17, 2009

Majlis Iftar Anjuran Komuniti Malaysia di Masjid Wellington

13 September 2009 (23 Ramadhan) Komuniti Malaysia di Wellington buat julung2 kalinya menganjurkan Majlis Iftar buat warga muslim Wellington bertempat di Masjid Kilbirnie, Wellington.. Komuniti Malaysia sama-sama bergotong-royong menyediakan menu nasi putih, kari kambing Rogen Josh, ayam goreng, jelatah, agar-agar, samosa dan popiah. Sekitar 700 orang warga muslim pelbagai bangsa hadir berbuka puasa di masjid pada hari tersebut, jumlah kehadiran tertinggi kalau di lihat setakat ini. Mungkin ramai tertunggu2 bila giliran Malaysia yang terkenal di mata negara Islam untuk menganjurkan majlis seperti ini.











Selepas Asar, semua juadah dah siap sedia untuk majlis iftar.. Semasa iftar berjalan suasana agak kelam kabut kerana ramainya orang yang hadir... dan disebabkan kekalutan itu tiada siapa yang sempat merakamkan apa2 peristiwa semasa majlis iftar berlangsung.. Makanan yang pada mulanya dijangka berlebihan rupa2nya agak mencemaskan kerana dikhuatiri tidak cukup... tetapi dengan keberkatan bulan Ramadhan semua makanan cukup2 untuk semua orang.. petugas2 yang pada mulanya seperti tak berpeluang nak makan pun dapat makan.. ngam2, cukup2.. itulah rezeki Alah untuk semua orang yang berpuasa.. Alhamdulillah..

jask