Friday, May 29, 2009

Selamat Tinggal Pyan dan Nita

Sekali lagi siri sirih pulang ke gagang berlaku pada pagi 29 Mei 2009.. Kali ini orang lama Wellington iaitu Pyan dan Nita akan turut meninggalkan bumi Kiwi setelah sekian lama bergelut, bertungkus-lumus, berbakti dan macam-macam 'ber' lagi selama lebih kurang 4 tahun di Wellington.. Pyan adalah anak Malaysia yang bertugas di FIANZ di samping menemani isteri menyelesaikan misi kedoktorannya.. Nak tau halalan toiyiba kat NZ ni dia lah tempat dirujuk.. kadang2 ikan yang dipancing pun nak dicop halal..



ke balai berlepas

pelukan pertama dan terakhir di Wellytak dapat nak control macho lagi dah..


Sayonara.. golfing dan fishing kat Malaysia la pulok! Semoga dapat berjumpa lagi di tanahair tercinta..

-jask-

Saturday, May 23, 2009

Sayonara Ueya & Sam


Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com


Sekali lagi warga Post Grad Welly memecah kedinginan pagi bagi menghantar sahabat yang telah berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar iaitu Ueya dan suaminya Sam. Kali ini halangan ke lapangan terbang lebih dasyat kerana angin di Welly semakin menggila. Namun ianya tidak sedikit pun idak mematahkan semangat warga untuk hadir demi memberi lambaian terakhir... Tiada kata yang dapat menggambarkan gejolak hati masing-masing. Yang pasti rasa sedih tetap menyelubungi mereka yang ditinggalkan. Molek kiranya entry pada kali ini tidak mengira berapa titis air mata yang mengalir dan berapa sedih hati kami tetapi marilah kita berdoa supaya Ueya dan Sam akan selamai sampai ke Malaya sepertimana yang dijadualkan iaitu pada 8.30 malam waktu Malaysia dan 12.30 malam waktu kita. Kenangkan saat manis bersama kerana ia merupakan salah satu kenangan terindah di bumi Welly.

Kepada Ueya dan Sam, semoga kalian beroleh kesejahteraan, kejayaan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Aminn.

-mask-




Sunday, May 03, 2009

e Noho Ra Dr. Fairuz & Dr. Ida

Sejak kebelakangan ini bumi Wellington amat sejuk sekali, kekadang terasa seolah musim sejuk telah menjengah ke mari. Sungguhpun begitu, ia nampaknya tidak sedikitpun membantutkan hasrat majoriti dari warga Malaysia-Wellington Postgraduate Student (MWPS) untuk melontarkan lambaian terkahir kepada Fairuz dan Ida. Jelas terbukti kehangatan tali persaudaran yang dihulurkan oleh sahabat berdua ini telah dapat menewaskan kedinginan pagi di Wellington pada 2hb Mei 2009.

Kehangatan itu juga telah membuatkan majoriti dari warga Malaysia-Wellington Postgrade Student (MWPS) setia menanti di lapangan terbang Welly sejak jam 7.15 pagi lagi. Ternyata kesukaran mengejutkan anak kecil yang enak dibuai mimpi dan membelah kedinginan Welly langsung tidak menjadi kudis kepada warga MWPS kerana ia terlalu kecil jika dibandingkan dengan jasa yang telah ditabur oleh sahabat berdua ini. Selain dari warga MWPS, sahabat dari Thailand, Cambodia dan Acheh turut sama hadir bagi mengucapkan salam terakhir masing-masing.



Disamping dihadiri hampir 20 orang (tidak termasuk anak kecil), semua yang hadir silih berganti bergambar bersama Fairuz dan Ida dan apabila waktu panggilan telah tiba, maka berbondong-bondonglah semua mengiringi ke balai berlepas pula. Dan buat kesekian kalinya, air mata kesedihan sekali lagi tumpah semasa pelukan terakhir warga dengan sahabat. Sesungguhnya terlalu sukar kami melepaskan sahabat berdua ini pergi walaupun kami tahu perpisahan itu hanya bersifat sementara dan Insyaallah semua pasti akan berjumpa lagi dengan Dr. Fairuz dan Dr. Norida di tanah air tercinta - Malaysia...

BERGAMBAR KENANGAN




MENGIRINGI KE BALAI BERLEPAS



AIR MATA PERPISAHAN
LAMBAIAN TERAKHIR





Nota : e noho ra = ucapan selamat tinggal dalam bahasa Maori