Friday, February 20, 2009

Welly Shopping

Wellington – the capital city of New Zealand - in general does not mark itself as a ‘shopping heaven’ where one can go for the latest fashion outfit or pick the coolest electronic gadget in the market. Despite the fact that Welly does not have any gigantic shopping mall, one does not have to worry as the city itself still offers everything you need within CBD. For Malaysians, if you miss your shopping moment in Suria KLCC or Mid Valley Megamall, Westfield Queensgate in Lower Hutt may offer you the shopping ambiance.

For food lovers, you can get a variety of food choices just around the city - ranging from simple fast food to Asian or Western menu. With the cold and windy weather all year around, Welly is well known for its drink culture; the latte aroma or wine and beers are all your choices in cafes and bars located along Courtenay Place or Cuba St. If you prefer to do your own cooking, Sunday shopping is something you should not miss. Waitangi Park Market and Victoria St Market are open on every Sunday morning; selling herbs, fresh fruits and vegetables. Fresh fish and seafood are also available on the Sunday boats at the Wellington harbor.

For other processed food - packed, canned or frozen items - one has all the choices in shopping stores like New World which has 3 stores in central city; Wellington railway station, Willis St and Wakefield St. The other choices will be Countdown or Pak ‘n Save and Woolworths in Kilbirnie. Some of these stores are selling household products too. However, one can also try Mitre 10, Briscoes, The Warehouse or even $2 Shop for a great bargain!











As for a student, there are many bookstores in the city including Whitcoulls, Borders & Penguin Books. While you can easily get the stationery in any stores, an excellent choice would be Warehouse Stationery in Victoria St which also offers photocopy and fax service within the premise. For Internet and printing service, there are many Internet cafe alternatives within the city. Need to make any call? Do not worry. The telephone line is free for all landlines call within the local area in New Zealand. But if you need to make any call to the mobile number or outside your local area, you may need to buy a prepaid phone cards. There are many options available but one has to check on the rates and any hidden charges. As for Malaysian, Kiwicall is one of the preferred choice; 6 hours talk time rate for $10 amount.

If you need any electrical or electronic equipment such as TV set, freezer, microwave, computers or telephones, Harvey Norman, Dick & Smith or Noel Leeming can offer you the brand selections. To set up a house, there are many stores selling furniture in the city but if you are looking for a good deal, The Salvation Army and other second hand shops are recommended.


Do not forget to look after yourself in Welly. But if you ever get sick, there are many pharmacies to get your medicine or medical equipment. For ladies, there are many apparel, shoes and beauty stores; all you need is the free time to shop around. Among the popular stores are Farmers, Glassons, Paddington Coat Outlet, Rebel Sport, Kathmandu and Recycle Boutique. For men, your grooming skill would be a plus. Otherwise, you have to spend around $20 for every hair cut. There are many salons around; one can find it at Vivian St, Willis St or Courtenay Place.

One may want to have some ideas on the prices and shopping items available in New Zealand by visiting NZ Yellow Pages or Trademe or even comparing the prices at Priceme. As a general rule, Malaysians will find most items in Wellington are about the same with those in home country by making a simple ‘1 to 1’ price comparison. However price can be doubled if you convert the figure into RM. Smart shoppers know how to play magic with their bank balance. So learn how to stick on your shopping list and spend wisely.

By
MS Suzana, CERTIFIED FINANCIAL PLANNER


Saturday, February 14, 2009

Aktiviti Memancing Semakin Mengganas..

Berita Ikan Minggu Ini (8-14 Feb.2009)

AhadSeatoun Wharf meriah dengan pemancing2 Malaysia. Walaupun angin bertiup kencang tetapi terdapat banyak ikan. Antara yang datang memancing adalah Encik Sam, Encik Nizam, Encik Rahman dan anak2, Encik Ali, Encik Jasmadi, Encik Nik, Puan Fatma, Encik Mizan dan anak serta Encik Kolonel dan anak2. Encik Zul juga datang tetapi sekadar menjadi pemerhati. Banyak ikan berjaya dikail. Anak2 juga tak kalah dengan bapa bila masing2 juga dapat menaikkan ikan. Antara ikan yang dilihat tercungap2 di darat adalah kahawai, trevally, spotty dan mackerel.

Lentur 'Joran' Biar Mula dari Kecil - Nik Adam Faris penjoran termuda

Isnin – Harapkan matahari di petang hari, rupanya hujan sampai ke malam. Tapi dek kerana gian memancing Encik Sm dan Encik J tetap melontar kail di Miramar wharf namun seperti cuaca di darat, dalam laut juga mendung.

Selasa – Diberitakan dari Seatoun Wharf banyak ikan termasuklah sotong dinaikkan. Encik Sf, Encik Sam dan pemancing baru join Encik Az ada di sana. Mungkin Encik Sf boleh melaporkan jika ada peristiwa2 menarik berlaku. Encik J dan Encik A terpaksa memulakan sesi memancing selewat 8 malam kerana dibuli oleh bos mereka (kena kerja lebih) dan singgah di lokasi paling dekat iaitu belakang NIWA. Namun dalam sekejapan dapat juga menaikkan Kahawai dan Mackerel dan yang paling best Encik A telah berjaya menewaskan seekor barracuda dengan menggunakan teknik spinning. Gelaran juara GP kepada Encik A memang bertepatan kerana beliau kini menjadi pahlawan joran melayu pertama menaikkan barracuda di laut Welly (setakat yang wartawan tahu).

Kombinasi Encik A dan Abu Garcia akhirnya dapat menumpaskan barracuda sepanjang 72cm. Encik A menyedut lebih oksigen ketika menaikkan barracuda ini.


Friday, February 13, 2009

Berita Joran

Seatoun, 13 Februari 2009.

Sesi memancing hari ini bermula sekitar jam 7.00 petang. Angin selatan yang bertiup seringkali diramalkan dengan kehadiran ikan-ikan dari laut lepas. Sebaik saja mencampakkan joran masing-masing aktiviti mendaratkan ikan pun menjadi aktif bagi Encik Sf dan Encik J. Encik Sm ketika itu masih keluh kesah kerana terlupa memasang mata kail sebelum datang. Hari ini Kahawai menguasai arena, beberapa ekor spotty dan trevally juga didaratkan. Kehadiran ikan yang ganas dan keras meragut menjadi misteri bagi Encik J dan Encik Sm di mana tali kail mereka diputuskan ketika pertarungan berlangsung. Menjelang maghrib, masing-masing pulang dengan semangat ‘besok nak datang lagi’.. Itulah penangan tarik sang ikan.

*Peragut keras umpan-umpan dan ikan di mata pancing telah dikenalpasti sebagai barracudda. Ikan jenis ini akhirnya telah berjaya juga dinaikkan oleh para penjoran setelah mengkaji teknik dan cara menangkapnya melalui pemerhatian dan juga nasihat otai2 pancing.

Barracudda dinasihatkan supaya tidak dimakan kerana terdapat sejenis cacing dalam badannya, tetapi ada yang mengatakan ia boleh dimakan dengan cara masakan tertentu. Kami mengambil jalan selamat dengan menjadikan ia sebagai umpan dan sangat disukai oleh ikan-ikan lain. Mirip germfish yg dijual di pasaran.

Thursday, February 12, 2009

Mackarel Muncul

Salam ikan.

Kemunculan Mackerel

Sebelum ini diberitakan bahawa mackerel hanya dapat dipancing di sebelah malam, tapi sejak akhir2 ini mackerel telah muncul pada petang hari. Encik J dan Encik Sm telah berjaya naikkan mackerel dari laut sekitar welly. Mackerel ala-ala ikan jacket (cencaru) dan sangat sedap dibuat ikan sumbat belakang. Burp! Sorry sendawa baru lepas makan ikan mackerel belah belakang..

Misteri Trevally

Setelah Encik Sf dihimpit misteri trevallynya hilang di Evan Bay, Encik J juga dilanda misteri kehilangan Trevally. Semalam Encik J menaikkan trevally ketiganya dan yang paling besar menjelang senja. Sepatutnya beliau mengemaskan jorannya, tetapi semangat memburu ‘ikan terakhir’ berkobar-kobar. Setelah mendapat ikan terakhir beliau pulang ke rumah dan ketika menuang ikan ke dalam sinki didapati Trevally terbesarnya hilang. Encik Z dan Encik Sm ketika dihubungi juga agak kehairanan kerana ikan tersebut dimasukkan ke dalam bekas sebaik sahaja dilepaskan dari mata pancing. Ke manakah menghilangnya Trevally tersebut? Adakah ianya trevally jelmaan? Jangan biarkan diri anda terus diselubungi…. Misterii..

Lokasi Memancing hari ini belakang NIWA, Hataitai (Evan Bay). Best time fishing : 6pm – 8pm (mengikut kalender tajul ikan)

En. J

Thursday, February 05, 2009

Berjoran di NIWA

5 Februari 2009

Petang semalam peninjau joran mendapati suasana di Seatoun Wharf tidak menggalakkan untuk para penjoran melemparkan joran masing2 kerana ramai penerjun bebas beraksi di situ. Skuad joran kemudian bertenggek di lokasi baru belakang NIWA, Hataitai. Penjoran hari ini terdiri daripada Encik Sf, Encik Sm, Encik J dan Encik Nz. Encik A singgah sebentar sebelum menyambung tugasnya di I Kid. Kelihatan tangannya agak menggeletar apatah lagi bila melihat ada rakan yang mendaratkan Gurnard besar yang seringkali dilihat hanya meragut umpan pemancing professional.

Walaupun masing2 melaburkan ladung dan mata kail di dasar laut, namun lokasi tersebut tidak mengecewakan. Spotty memang banyak didaratkan, tetapi masing2 membuat catch n release bagi jenama spotty. Ikan lain yang berjaya dinaikkan di sini adalah Kahawai, Trevally, Blue Kod, Gurnard dan Mackerel.

Encik Sf agak malang apabila trevally yang saiznya agak besar telah singgah di rumpai tepi laut, dan ketika penyelam paua membantu melepaskan kail, ikan tersebut tidak kelihatan lagi (adakah masuk ke dalam bakul penyelam paua tersebut, ataupun beliau bertindak menyelamatkan trevally itu - misteri terus menyelubungi Encik Sf)

Lubang hidung Encik Sm mengembang paling besar petang ini apabila beliau berjaya menewaskan Gurnard yang paling besar pernah didaratkan oleh skuad joran, dan agak bernasib baik kerana talinya terputus hanya setelah ikan berada di darat. Tak sia2 beliau melabur untuk joran Daiwa 8' nya. Encik Sf pula kelihatan merungut2 dengan kekili Shimanonya, adakah beliau akan mendapatkan kekili atau joran baru pada Waitangi Day sales hari ini? Sama2 lah kita tunggu, tapi yang agak pasti Encik A akan beraksi petang nanti dengan Abu Garcia 10'nya.(harap2 ada lagi kat wharehouse).

Sesiapa yang ingin menyertai sesi memancing petang ini boleh pergi ke belakang NIWA, Hataitai (dekat Maracesh) antara pukul 6.30pm - 8.30pm.