Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com
Sekali lagi warga Post Grad Welly memecah kedinginan pagi bagi menghantar sahabat yang telah berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar iaitu Ueya dan suaminya Sam. Kali ini halangan ke lapangan terbang lebih dasyat kerana angin di Welly semakin menggila. Namun ianya tidak sedikit pun idak mematahkan semangat warga untuk hadir demi memberi lambaian terakhir... Tiada kata yang dapat menggambarkan gejolak hati masing-masing. Yang pasti rasa sedih tetap menyelubungi mereka yang ditinggalkan. Molek kiranya entry pada kali ini tidak mengira berapa titis air mata yang mengalir dan berapa sedih hati kami tetapi marilah kita berdoa supaya Ueya dan Sam akan selamai sampai ke Malaya sepertimana yang dijadualkan iaitu pada 8.30 malam waktu Malaysia dan 12.30 malam waktu kita. Kenangkan saat manis bersama kerana ia merupakan salah satu kenangan terindah di bumi Welly.






Kepada Ueya dan Sam, semoga kalian beroleh kesejahteraan, kejayaan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Aminn.-mask-


